Followers

Sunday, 1 January 2012

Long Distance Relationship

I HATE long distance relationship.
biarlah gambar berbicara segalanya --'






masak

hey ! nak cerita kebolehan sepanjang bercinta 2010 sampai 2011 ade faedahnya ;)

masak? aku si gadis yg tak reti masak. minat tu pon takde. nak masuk dapur pun kena pakse. ewah ewah anak dara sorg ni malas sgt haaa --'

mak bapak aku selalu membebel bila aku cakap nak kawin. tp masak taktau? ewah ewah ereen gatal lebih tp takde kemahiran lagi jadi bini org.

then one day!

aku pergi tesco beli something.balik balik aku pergi dapur. okay bergaduh didapur mmg kemas. bila siap aku bg semua org rase. amacam org first time masak sedap tak? abang aku cakap tak sedap. okayy fine. ak kecewa dgn diri aku. tp abah dtg kt aku bisik. "kalau tak sedap takan habis semua spagetti adek masak tu" ohoo :D

tu tandanya abang aku ngusik aku! then after that ak try mcm mcm.tp SORRY sebab aku tak minat masak lauk pauk lagi lagi. setakat spagetti, puding caramel, puding pe bagai puding lagi aku suka lah. sebab comel and senang! :D

HEHE.:D
tapi tanpa sedar skrg dh mcm mcm aku masak. bangga lah sekejap kan? tersenyum abah mama bila aku dah pandai masak! okay you all. masak ni senang je. resepi paling utama dalam memasak ialah. IKHLAS dan RAJIN je. ade 2 benda ni for sure korg masak apepun mesti best!

eh eh eh :D
tanak cerite panjang lebar pun.cume nak buat ringkasan.

"ereen seronok memasak bila pkwe ereen cakap awak masak sedap"

pehh kembang semangkuk, senyum 24 jam aku dibuatnya! hamek kau ereen! tenkiu kepada boifee tersayang sebab awak appericiate ape saya buat. sama ada ikhlas or tak. saya rase bersyukur sebab awak dah pandai hargai kebolehan saya.
*masak sambal ayam merah je pun :D

okbai~

saya suka pic ni.awak nampak comel.sekian~

thankful

Air mata lelaki lebih berharga daripada air mata perempuan kerana apabila lelaki menangis, itu bermakna dia sangat sayangkan perempuan yang telah pergi dari hidupnya dan apabila lelaki menangis , lelaki itu memang maksudkannya . bukan senang nak buat lelaki menangis...=)

MANAKALA,

Senyuman perempuan lebih berharga daripada senyuman lelaki kerana apabila perempuan senyum , ia akan selalu membuatkan lelaki kesayangannya merasa bahagia & disayangi...Wallahualam ;)
its very easy to hurt someone and then say SORRY but
its really very difficult to get hurt and say ITS OK I'M FINE
setiap apa yang jadi dalam kehidupan ini ereen bersedia menerima dengan hati yang REDHA. tapi sejauh manakah kemampuan ereen untuk mengatakan saya OK walaupun dalam hati hanya ereen yang tahu. Ya Allah berikan ereen kekuatan ;)
 
Allah doesn't give you problems to make you weaker. He give it to make you learn how to be stronger and tougher everyday.keep smile :)
 
 

2012

hai duakosongsatudua ;)

aim aku:
2012 : I'm SINGLE because I'm not married. I'm NOT AVAILABLE because I'm TAKEN ;)
hehee,nak aku rase mcm mane bujang sebab aku belum kawen.
tapi bujang aku yang dah berpunye.
cemane tu?biarlah aku je yang tahu :)

Thursday, 29 December 2011

Di Atas Satu Cinta

"subhanallah aku mencintainya,subhanallah aku menyayanginya"

nice kn lirik tu..itu lah lirik lagu Di Atas Satu cinta.
korg perbah rase saket tak kerana cinta?
kalau semua org tak sabar.jwpnnye mmg bukan DHIA.
saya nak jadi mcm DHIA.
sebab ape yg jadi dalam kehidupan.
Allah dah susun atur dengan cantik sekali.
so ereen akan folo perjalanan hidup
suka or duka, ereen just terima :)

Wednesday, 28 December 2011

matured

lelaki ohh lelaki ~


hai. ereen nak talk about lelaki. ereen rase lelaki memang lambat matang. dorg ni mcm budak budak. kenapa? tengok lah gegurl yg sebaye perangai mcm mana? mcm lelaki tak? tapi tak semua lelaki sama.

ulang sekali lagi, tak semua sama...

lelaki ni kadang-kadang mcm budak kecek.

"masa jumpa barang permainan nanges nak sangat sangat. tapi bila dah dapat? haa campak sana sini. hancur habes brg mainan tu. last last buang"

sama jugaklah dalam kehidupan...lelaki bila nak sesuatu dia force sampai dpt. terutamanya perempuan kan. tp bila dah dpt? dia buat perempuan mcm isi masa terluang je. nama pun brg permainan. ok you all ingat tau brg permainan. so tapayah la nak layan sgt tangisan lelaki. tak semua tangisan tu bernilai. kekadang kat perempuan lain pun dia boleh nanges sme je. heeee. PEACE yaww :)

Sunday, 25 December 2011

Andai Lelaki Tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.